Alhamdulillah.... Setelah beberapa hari aku tidak punya idea untuk menjahit, akhirnya aku diberi ilham untuk menyiapkan baju ni. Sebelum aku mula membuatnya, mataku berpinar-pinar akibat terlalu lama menggunakan internet, demi mencari ilham. Setelah pelbagai paten, pelbagai fesyen dan pelbagai gaya blouse ku lihat, akhirnya aku gunakan paten yang sama seperti blouse ku sebelum ini.... LOL!!!
Bezanya kali ni aku panjangkan separas lutut.
Bahagian bawah aku buat kembang sedikit, untuk lebih keselesaan. Cheewaaah....
Gaya bib berbutang menghiasi bahagian dada
Jenis kain span cotton, murah tapi cantik.
Selamat menjamu mata........
Comments
Post a Comment