Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Rumah Terbuka Jabatan ICT PL

Salam Aidilfitri... Wah, hari isnin lepas sangat sibuk di ofis. Jabatan kami menganjurkan rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri. Bermula jam 9.30 hingga jam 2.00 petang. Rasanya terlalu banyak hidangan kami kali ni. Aku cuma membawa cendol, rakan-rakan lain membawa lauk-pauk. Betapa meriahnya majlis kami ni, memandangkan ramai tetamu yang datang. Nilah antara hidangan yang kami bawa... Kek dan kuih muih... Cendol by my mom yang aku bawa... Lauk pauk bagi yang mau makan nasi... Burasak, nasi impit, kelupis, dan sate... Cupcakes by Officemate, Kak Lia... Cupcakes yang sangat cantek, dijadikan door gift... Overall, kami amat berpuas hati dengan majlis kami ni. Yang paling best, kami puas makan sebab banyak lebih. Hehehehe....

Kancil Ku

Owh Kancil ku, betapa aku merinduimu. Kini kau jauh di KK dengan babumu. Bagaimana keadaanmu sekarang? Nda mandi? Kana paking arah panas?? Bagaimana??? Sedih ku bila kau keluar Labuan tanpaku. Lebih-lebih lagi untuk pertama kalinya. Bak kata babumu, "like sending your children to college". Kehkehkeh.... Emosi pula. Mana tidaknya, aku pakai kancil tu dari mula dibeli, iaitu tahun 2004. Sejak bujang lagi. Tu yang sedeyyy..... Harap2 babumu menjaga kau dengan baik, dan memulangkanmu dalam keadaan yang baik juga. Hehehe... Amin.....

Baju Kurung Moden

Dari tahun lepas aku berangan nak buat baju kurung moden sendiri, lebih-lebih lagi lengan ala Dato' CT gitu... Aku sangat gemar fesyen kaf di tangan tu. Nampak sangat ekslusif, boleh membuatkan wanita nampak ramping dan tinggi. (Betul ka??? Pendapat aku la) Tapi aku cuma belajar melalui buku. Cuba nak buat pola baju ukuran badan sendiri. I've ruined 3 pasang kain sebagai trial n error. Turned out ALL ERROR!! hehehe... But then, that is LEARNING. Now I want to make another kurung moden with my new and improved pola. Hope this one success. Wish me LUCK!! Jom cuci mata dulu... Nice. Love the color combination. This is sooo pretty. Georgous!! Wow. Jom tengok baju kurung moden untuk dijual di http://bayusrcollection.blogspot.com/2011/03/baju-kurung-moden-bk01.html .

Fesyen Baju Raya 2010

Salam. Hari ni nak cerita pasal fesyen baju raya tahun ni, mengikut pengamatan ku. Aku memang sangat suka menjengok fesyen baju yang terbaru. Memang sudah tebiat. Hehehe... Kebanyakan fesyen tahun ni serupa dengan yang lepas. Cuma bagiku fesyen terbaru adalah kurung pesak gantung. Tahun-tahun yang lepas aku tengok baju kurung moden memang HOT, dan baju kurung Pahang. First time nampak officemate pakai baju kurung pesak gantung, aku jadi terpesona. Potongan pun terletak saja. Sangat sesuai untuk wanita bertubuh extra, macam aku... Hehehe... Pastu my MIL pulak hantar baju suruh buat. Apa lagi, dengan baju contoh yang disertakan, aku pun potong membuta saja. Memang senang nak buat daripada baju kurung pesak buluh. Cepat pulak siap. Tapi potongan pada pinggang saja yang perlu dibesarkan dan dibentuk. Alhamdulillah, baju MIL dah siap, Baju ku pun dah siap 2 pasang. Yang pertama pastinya kurang elok sikit, sempit di bahagian punggung. Yang kedua terlebih kembang, tapi boleh adjust. Dah elok

Baju Raya Siap

Salam Ramadhan al-Mubarak. Wah... I am so very busy I had no time to update my blog. I was sewing baju raya. Don't wanna make the same mistake like last year, or the year before that. These are my progress report:- 1. 3 pasang baju kurung for my sis-in-law Anoi - DONE Baju kurung lining penuh kecuali tangan 2. Sepasang baju kurung pesak gantung for my MIL - DONE 3. Sepasang last year outstanding baju kurung for my sister - DONE 4. 4 pasang baju kurung for ME - DONE 5. Sepasang baju kurung pesak gantung for ME - DONE 6. 2 baju kurung pesak gantung for Me and my sister - Not even started yet!! Overall, i am very satisfied with myself. Kudos!!! P/S: Can't wait to see my nephew and niece balik kampung tomorrow :)Miss them so much!!