Wednesday, September 22, 2010

Fesyen Baju Raya 2010

Salam. Hari ni nak cerita pasal fesyen baju raya tahun ni, mengikut pengamatan ku. Aku memang sangat suka menjengok fesyen baju yang terbaru. Memang sudah tebiat. Hehehe... Kebanyakan fesyen tahun ni serupa dengan yang lepas. Cuma bagiku fesyen terbaru adalah kurung pesak gantung. Tahun-tahun yang lepas aku tengok baju kurung moden memang HOT, dan baju kurung Pahang. First time nampak officemate pakai baju kurung pesak gantung, aku jadi terpesona. Potongan pun terletak saja. Sangat sesuai untuk wanita bertubuh extra, macam aku... Hehehe... Pastu my MIL pulak hantar baju suruh buat. Apa lagi, dengan baju contoh yang disertakan, aku pun potong membuta saja. Memang senang nak buat daripada baju kurung pesak buluh. Cepat pulak siap. Tapi potongan pada pinggang saja yang perlu dibesarkan dan dibentuk. Alhamdulillah, baju MIL dah siap, Baju ku pun dah siap 2 pasang. Yang pertama pastinya kurang elok sikit, sempit di bahagian punggung. Yang kedua terlebih kembang, tapi boleh adjust. Dah elok sekarang. Ambik masa 2 hari saja untuk sepasang baju. Best sangat!!! Sekarang nak potong baju pesak gantung untuk my sister.


Ada lagi satu fesyen yang agak baru pada pandangan ku. Baju kurung moden lengan getah sampai siku!! Ha jangan x percaya. Sangat lah cantekknya..... I LIKE!! Ni Gambar yang aku dapat dari internet. Tak tau pula di mana jual baju fesyen macam ni.


By the way, jom tengok baju kurung preloved murah kat http://bayusrcollection.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...