Sewaktu ku melewati rak-rak buku di Perpustakaan Awam Labuan (PAL) dengan cepat kerana suami menunggu di dalam kereta, aku ternampak sebuah buku yang terlentang di atas rak. Ia sebuah novel melayu dan aku terus membaca sinopsis dan melihat tahun terbitan. Tahun 2023!
Apa yang menarik minatku adalah warna cover novel iaitu pink. Dan, penulis novel adalah lelaki. Rasanya ini baru pertama kali ku membaca novel genre kehidupan bahasa melayu yang ditulis oleh lelaki. So I gave it a try. I really wanna see how penulis lelaki mengolah ayat di dalam tulisannya.
So I grabbed the book with 2 other books dan turun ke tingkat bawah untuk meminjam buku. 2 buku lain tu bertajuk KEBAYA TALES by Lee Su Kim dan PUAKA BUNDLE by Ayda Arianna (so RANDOM, I know).
Semua pilihan Abi dan Umi, tak pernah Ain bantah walau sekali. Namun setiap kali Ain suarakan keinginannya, semuanya ditentang.
Sehingga ada rahsia yang Ain pendam daripada pengetahuan Abi dan Umi. Tak pernah diceritakan kepada sesiapa sebab merasakan dirinya jijik dan berdosa. Apatah lagi, Abi dan Umi orang terhormat.
"Jangan menangis. Malu kat orang yang tengok Ain."
Jika mereka tidak pernah mendengar, mampukah mereka faham?
Keadaan berubah apabila Ain berada di Laman Harmoni sebagai penjaga orang-orang tua. Pertemuan dengan Pak Yazid, yang bersikap misteri, perongos, dan cerewet, membuatkan Ain ingin mengenalinya.
Rupa-rupanya, mereka berkongsi duka yang hampir sama; Ain takut dibenci, Pak Yazid takut ditinggalkan. Andai rumah bukan lagi tempat pulang, mampukah mereka berjumpa ruang damai itu?
Menarik kan? Bacaan santai, tentang kehidupan. Dan cepat saja ku habiskan novel ni. 316 pages! Pengolahan bahasanya lebih ringkas dan straight-forward. Aku enjoy membacanya, tapi tidak lah sampai emosi. Novel ni mengisahkan tentang seorang lelaki lepasan Ijazah bernama Ahmad Ain, yang sedang mencari pekerjaan. Kisah kehidupan Ain bermula dari rumah, hingga mendapat pekerjaan di rumah orang-orang tua. Kisah konflik emosi Ain dan ketegasan ibu bapanya. Dan kisah sehingga dia bertemu dengan Pak Yazid dan orang-orang di Laman Harmoni yang menerimanya dengan gembira. Aku dapat merasakan yang Ain amat kesunyian, sebagai anak tunggal dan tiada teman yang betul-betul rapat untuk berbual. Ini yang membuatkan aku tersentuh hati ketika membaca novel ni.
Sejak bertambah umur ni, aku lebih suka mencari bahan bacaan yang santai dan ringkas. Teringat waktu zaman muda remaja dulu, aku gemar membaca novel seram dan kisah penyiasatan. Apa saja yang boleh menaikkan adrenalin! Sekarang, itulah yang perlu dielakkan.
Semoga aku terus istiqomah!

Comments
Post a Comment