Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Koleksi Kurung Moden

Sumber : Wanz Collection Sangat canteekkkkk.....! I got this one for sale, jom pegi http://bayusrcollection.blogspot.com/2011/03/baju-kurung-moden-bk01.html OMG! Kreatif.. Inovatif.. (Bleh pakai idea ni klu tangan dan baju singkat) Wahhh... Ayunya.. Grrrr.... HOT! HOT! HOT! Nice... Very lovely.. Wow... There's a new girl in town... Artistic! Fantastic! Say no more. Luv it!

Umrah & Ziarah ke Tanah Suci

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT, aku diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci pada usia 28 tahun. Terima kasih juga diucapkan kepada Bos ku, Dato' Suhaili Abdul Rahman kerana telah mensponsor sepenuhnya perjalanan tersebut. Aku akan sentiasa mengenang jasa Dato', walaupun kini tidak bekerja lagi dengan beliau. Rombongan kami sewaktu lawatan di sekitar Masjid Nabawi Pemandangan Masjid Nabawi Hotel penginapan kami di Madinah, DYAR International Hotel Bersama Dato' Suhaili Abdul Rahman di depan hotel kami di Mekah Bersama sahabat seperjuangan, Kak Niza dan Kak Lina Lobi hotel penginapan kami di Mekah. Bersama staf agen, Nori Apa yang menggembirakan dalam perjalanan kali ini ialah, bukan saja aku dapat melihat tempat-tempat bersejarah dan merasai cuaca yang agak berbeza, aku juga merasa ada perubahan dalam diriku, kesedaran yang berlipat ganda, dan ketenangan hati. Bukanlah bermakna aku menjadi lebih baik dan alim, aku juga manusia biasa yang mudah lalai

Ayat al-Quran, doa mampu hindari sihir

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Sumber : Berita Harian, 12 Oktober 2009 Mempercayai dukun ilmu hitam khurafat kerana dampingi jin, syaitan APABILA kita membicarakan mengenai sihir, kebiasaannya kita akan berdepan dengan tiga golongan manusia, iaitu mereka yang tidak mempercayai kewujudannya, mereka yang terpengaruh serta menggunakan khidmat ahli sihir dan mereka yang terlalu takut dengan kesan ilmu sihir sehingga tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi melindungi diri mereka daripada terkena sihir. Apa itu sihir? Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi di dalam al-Mughni, sihir adalah ikatan, jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya. Sihir ini mempunyai hakikat di antaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh bersama isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat satu pihak

Gempa Di Padang 30 September 2009

Sebaik terbaca berita mengenai gempa di Sumatera Barat, hatiku berdebar. Lebih-lebih lagi terdapat banyak kematian dilaporkan. Apakah nasib keluarga kami yang berada di kota Padang sekarang? Telefon tidak dapat dihubungi, SMS tidak berjawab. Aku risaukan adik Yudya, adik Yudhi, Ibu Tuti dan Pak Anuar. Bagaimana keadaan mereka sekarang? Aku juga tidak mendengar berita mengenai keluarga kami di Batusangkar. Tapi aku berharap agar mereka juga selamat, memandangkan kampung tersebut agak jauh dari Padang. P/S : Terharu dengan niat murni sekumpulan 50 orang pelajar perubatan Malaysia yang ingin tinggal di Sumatera Barat demi membantu mangsa gempa. Semoga mereka diberi rahmat dan perlindungan Allah SWT. Amin....