Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT, aku diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci pada usia 28 tahun. Terima kasih juga diucapkan kepada Bos ku, Dato' Suhaili Abdul Rahman kerana telah mensponsor sepenuhnya perjalanan tersebut. Aku akan sentiasa mengenang jasa Dato', walaupun kini tidak bekerja lagi dengan beliau.
Rombongan kami sewaktu lawatan di sekitar Masjid Nabawi
Pemandangan Masjid Nabawi
Hotel penginapan kami di Madinah, DYAR International Hotel
Bersama Dato' Suhaili Abdul Rahman di depan hotel kami di Mekah
Bersama sahabat seperjuangan, Kak Niza dan Kak Lina
Lobi hotel penginapan kami di Mekah. Bersama staf agen, Nori
Apa yang menggembirakan dalam perjalanan kali ini ialah, bukan saja aku dapat melihat tempat-tempat bersejarah dan merasai cuaca yang agak berbeza, aku juga merasa ada perubahan dalam diriku, kesedaran yang berlipat ganda, dan ketenangan hati. Bukanlah bermakna aku menjadi lebih baik dan alim, aku juga manusia biasa yang mudah lalai dan leka dalam mengerjakan amalan. Aku perasan yang perubahan ku agak perlahan, seperti aku mula suka mendengar ceramah-ceramah agama, secara langsung mahupun melalui TV. Aku lebih gemar mengerjakan solat di masjid, walaupun tidak penuh 5 waktu. Aku akan sentiasa mencuba untuk memperbaiki diri, walaupun langkahku agak perlahan.

Comments
Post a Comment