Skip to main content

Senafas Rindu - Novel Damya Hanna


Akhirnya...... Berjaya juga aku menghabiskan novel ni setelah mengambil masa untuk memulakan bacaan. Berhabuk dulu baru baca. (Eh, entri ku dalam bahasa melayu?) Hahaha.... Mood ku dalam bahasa melayu selepas baca novel bahasa melayu.

Sebelum tu, aku mau bercerita mengenai kisah pendek bagaimana aku memiliki novel ini. Ringkasnya, nenek mertua ku yang bagi novel ni, selepas dia nampak aku membaca novel Stephen King. Katanya, cucu-cucunya tidak minat membaca, lebih baik wariskan kepada ku. Hehehe.. Jangan tak percaya ya! Nenek mertua I masih baca novel! Jangan jeles...... Hahaha... Sudah tu, bukan 1, tapi 2 novel!! Satu lagi bertajuk Buatmu Kekasih, tulisan Aisya Sofea. Yang ni mungkin pertengahan tahun ni baru aku baca kot? Kasi tebal habuk dulu. Hahaha...

Aku sebenarnya kurang berminat untuk membaca novel genre cinta. Aku lebih suka genre seram, aksi, penyiasatan, kisah benar dan sesuatu yang berlainan. Ini mungkin kali kedua aku membaca hasil nukilan Damya Hanna. Walaupun aku jarang baca novel melayu genre cinta, novel all time favorite ku adalah Tangisan Bulan Madu karya Samsiah Mohd Nor. The best! Waktu tu aku dalam tingkatan 5, layan novel cintan cintun la... Tidak sia-sia aku membazirkan air mata ini demi menghayati novel tersebut. Ahahah.... Tapi aku kurang minat menonton versi drama lakonan Rita Rudaini. Bukannya tidak minat Rita Rudaini, tapi apa yang ku rasakan pabila membaca novel tu bagai tidak terzahir oleh artis tersebut. Cheewaaahh.... Jadi lebih baik baca novelnya sahaja, dan biar imaginasi kita mencipta jalan cerita itteww... Ahaks...

Berbalik kepada Senafas Rindu, dari mula aku membaca memang sudah agak yang karekternya pasti ada yang VIP (Dato' Datin bagai) menunjukkan jurang perbezaan taraf hidup. Tu yang buat aku bosan baca novel ataupun menonton filem dan drama MELAYU. "STEREOTYPE". Namun ku gagahkan jua meneruskan bacaan. Pastu terbengkalai sebab aku berCuti-Cuti Malaysia bersama keluarga mertua. Dikala aku kehabisan idea untuk menjahit, aku terpandang kembali novel ini dan teruskan membaca.

Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati. Dan sekali lagi aku mengalirkan air mata untuk novel ini. Tak ku sangka jalan ceritanya agak unik. Hasilnya aku ke pejabat keesokan hari dengan mata yang amat berat seperti memakai bulu mata palsu 3 lapis!!.Ahaks..... Sekiranya anda inginkan kelainan, saya sarankan novel ini untuk dibaca. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang berdekatan. (Iklan....)




Comments

  1. Wah. Kecewa kan bila tonton cerita yg tidak mengikut apa yg kita baca di novel karya asli...Say juga begitu. Apatah lagi suami yg menulis skrip untuk drama, langsung tidak mengikut apa yg di tulis pada skrip. Jadi kami bersama berjinak-jinak untuk mengubah skrip drama yg suami tulis kepada novel, baru sahaja mula...(80% adalah hasil penulisan suami...selebihnya saya membantu...hehe) moga menjadi kenyataan dapat publish buku novel sendiri...

    ReplyDelete
  2. eh, suami liza penulis jugak ke? xde sneak peak ke? hahaha... kalau dah publish bagitau ye. nak baca jugak :)

    ReplyDelete
  3. minat sangt dengan novel karya Damya Hanna...=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

♥SewMeHappy♥ 1st Birthday Giveaway!!

Yeay!! I am so excited to organize my very 1st Giveaway! Since November is my birth month, I am feeling generous. I've been blessed so far with happiness, families, health, work, and now, my small (perhaps tiny) business which I truly love. No, I am not getting any richer, I am still living a modest life. I am just being thankful to Allah. And thankful to my families, friends and customers for supporting what I've been doing. Alhamdulillah. "Earn Your Money Doing What You Enjoy Doing, And You Will Have A Joy Filled Life" Okay now, how to enter? Very simple, as I am, a very simple person (◡‿◡✿). 1. Become my follower (on the left side of this blog) 2. Leave your Name and Email Address on the comment box below this post (VERY IMPORTANT) That's it, you're done. Okay, some more T&C...... 1. Open to ALL with address within Malaysia 2. Two winners will be picked randomly using random.org 3. Participation will be closed on 28th NOVEMBER 2011 (MIDNIGHT) 4. Draw...

Selamat Pengantin Baru, Bro!

Assalamualaikum wbt. 27 Oktober 2017, tahun lepas,  abang sulung ku KAWIN!! Hoyehhh!!!!! Alhamdulillah.. Congrats Bro and wife, Emy. Semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Dalam kegembiraan, terselit juga kemabukan. Perjalanan menuju ke rumah pengantin perempuan, aduhai... Jauh ya amat. Dari Nilai ke Serting Hilir, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Timing penerbangan pun tidak ngam. Mabuk la jawabnya. Tapi setiba di kampung kak ipar, best pulak rasa. First time masuk Felda. Rumah rapat-rapat dan tersusun. Tapi boleh tersesat la juga. Haha.. All in all, best family trip! Walaupun penat melayan kanak-kanak riang, kemi tetap ENJOY!! Selamat pengantin baru Bro, and welcome to the family Kakak Ipar (^_^) P/S: In this photo, I only jahit baju kurung lace yang my sister and I pakai tu. 

Resolution For The Year 2012 And Pattern Try Outs

Assalamualaikum.. This year, bagaikan naik hantu, I bought so many patterns. Year End Sale lah katakan... So lebih kurang 37 paten semuanya. Hmmm... Last year I only bought ONE, and that is Curvy Clutch. But I am so excited, I'd like to make it my resolution for this year 2012. I'd like to try out ALL 37 patterns!! So I should make 3 different items every month. Wish me luck! This year I feel my business is kinda slow moving, but it's okay. I can work on ready made items, and my ever growing kain pasang. I really need a wardrobe makeover! So as a start, I present to you, my first pattern try outs, the CARD WALLET. I'm so loving these.... :D Overall, this pattern is easier than it looks! Highly recommended!!