Skip to main content

Minal Aidin Wal Faizin



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wah beraya sakan nampak sampai blog pun tak ter update. Sibuk sebenarnya..... Bulan Ramadhan aku ambil tempahan menjahit baju, tidak lah banyak sangat. Tapi memandangkan aku berpuasa, production pun macam siput..... (Walaupun sesungguhnya ketika tidak berpuasa pun macam tu juga... *roll eyes*). Alhamdulillah rezeki dari Allah...

Apa cerita raya? Keluargaku alhamdulillah, dapat berkumpul semua adik beradik raya tahun ni. Seperti juga tahun-tahun sebelumnya... Paling meriah rasanya melayan kerenah anak buahku yang paling kecik, Hakim 1++ tahun yang tinggal di KK. Penat ya amat..... Padahal nenek & mamitnya (makcik, aku la tu) awal-awal sudah booking mau jaga budak ni sepanjang cuti raya ni. Surrender!! Main pass-pass kami mamit & nenek menjaga, mama budak ni siok-siok layan tv..... hahahaha....... 2 minggu saja dorang cuti raya, sekarang rindu la pulakkkk dengan Hakim..... huhuhu..... Sekarang mencari-cari peluang untuk ke KK jumpa itu budak. 

Raya pertama kami buat kenduri arwah nenek di rumah, selepas selesai solat sunat Raya. Banyak kerja sampai tidak terambil gambar. Tengah hari pergi ke rumah mertua. Lepas tu balik rumah, tidorr..... Raya ke-2 pula duduk rumah saja, sebab hujan sepanjang hari.Aada juga yang datang beraya. Alhamdulillah. Kalau tidak, tutup pintu la jawabnya...... Raya selebihnya pula ada saja urusan, sampai jemputan ke rumah terbuka pun tidak dapat dihadiri semua... Lepas tu, hujan lagi.... Begitulah sambutan rayaku tahun ni. Kurang meriah dari raya pada tahun sebelum ni. Yang paling ketara, kumpulan budak-budak pun tiada yang datang beraya untuk duit raya. (Pasal hujan lah tu mungkin kena marah oleh bapa mama dorang). Jadinya, duit raya yang siap dalam sampul tahun ni tidak habis disedekahkan..... Hajat tidak tercapai...... 

Itulah cerita rayaku yang suam-suam kuku......

Aku sebenarnya mau update pasal baju raya. Tapi di entry yang akan datang lah ya. Pasal gambar belum ready lagi... ada baju yang aku belum pakai lagi. 

Salam aidil fitri, maaf zahir dan batin.


Comments

Popular posts from this blog

♥SewMeHappy♥ 1st Birthday Giveaway!!

Yeay!! I am so excited to organize my very 1st Giveaway! Since November is my birth month, I am feeling generous. I've been blessed so far with happiness, families, health, work, and now, my small (perhaps tiny) business which I truly love. No, I am not getting any richer, I am still living a modest life. I am just being thankful to Allah. And thankful to my families, friends and customers for supporting what I've been doing. Alhamdulillah. "Earn Your Money Doing What You Enjoy Doing, And You Will Have A Joy Filled Life" Okay now, how to enter? Very simple, as I am, a very simple person (◡‿◡✿). 1. Become my follower (on the left side of this blog) 2. Leave your Name and Email Address on the comment box below this post (VERY IMPORTANT) That's it, you're done. Okay, some more T&C...... 1. Open to ALL with address within Malaysia 2. Two winners will be picked randomly using random.org 3. Participation will be closed on 28th NOVEMBER 2011 (MIDNIGHT) 4. Draw...

Selamat Pengantin Baru, Bro!

Assalamualaikum wbt. 27 Oktober 2017, tahun lepas,  abang sulung ku KAWIN!! Hoyehhh!!!!! Alhamdulillah.. Congrats Bro and wife, Emy. Semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Dalam kegembiraan, terselit juga kemabukan. Perjalanan menuju ke rumah pengantin perempuan, aduhai... Jauh ya amat. Dari Nilai ke Serting Hilir, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Timing penerbangan pun tidak ngam. Mabuk la jawabnya. Tapi setiba di kampung kak ipar, best pulak rasa. First time masuk Felda. Rumah rapat-rapat dan tersusun. Tapi boleh tersesat la juga. Haha.. All in all, best family trip! Walaupun penat melayan kanak-kanak riang, kemi tetap ENJOY!! Selamat pengantin baru Bro, and welcome to the family Kakak Ipar (^_^) P/S: In this photo, I only jahit baju kurung lace yang my sister and I pakai tu. 

Resolution For The Year 2012 And Pattern Try Outs

Assalamualaikum.. This year, bagaikan naik hantu, I bought so many patterns. Year End Sale lah katakan... So lebih kurang 37 paten semuanya. Hmmm... Last year I only bought ONE, and that is Curvy Clutch. But I am so excited, I'd like to make it my resolution for this year 2012. I'd like to try out ALL 37 patterns!! So I should make 3 different items every month. Wish me luck! This year I feel my business is kinda slow moving, but it's okay. I can work on ready made items, and my ever growing kain pasang. I really need a wardrobe makeover! So as a start, I present to you, my first pattern try outs, the CARD WALLET. I'm so loving these.... :D Overall, this pattern is easier than it looks! Highly recommended!!