Skip to main content

Baju Kurung Color Block, Border Lace & Trip To Brunei

Assalamualaikum.

Jumaat semalam aku pergi Negara Brunei Darussalam untuk wedding cousin hubby. Aku pergi dengan MIL, dan SIL. Trip satu malam ja... Kami pergi dengan feri expres pukul 9 pagi, sampai dalam pukul 10.30 pagi. Sampai di Terminal Feri Serasa, hubby sudah menunggu. Hubby ni datang sehari lebih awal untuk persediaan dan sibuknya pun mengalahkan bapa pengantin!

Lepas tu kami terus ke Hotel Jeruton, tempat kami menginap dan tempat majlis persandingan diadakan.



Gambar sebelum majlis bermula, bahagian luar dan bahagian dalam. Ofkos lah aku booking tempat duduk bahagian dalam. Ada ekon......

Di sini cara majlis perkahwinan berbeza sikit dengan kita di Malaysia. Semua tetamu yang datang akan menunggu sehingga masa yang ditetapkan atau sehingga semua tetamu telah tiba sebelum bacaan doa dan makan. Masa menunggu tu lah yang seksanya kalau perut kosong. Aku yang sudah makan nasi katok pukul 4.30 petang tu puuunn masih lapar lagik :)






Masa untuk makan yeay!!

Selesai saja majlis makan-makan, tetamu pun beransur pulang......  Ha masa ni lah kami ambil untuk bergambar-gambar dengan pengantin dan bukan pengantin. Eh..eh.. Biasa lah kalau sudah pegang kamera.

Ni lah gift untuk tetamu malam tu. Kelasss kan. Sekampit beras (beras wangi) dalam setengah kilo. 


Gadis bujang (wah promot) penyambut tetamu yang comey-comey belake... My SIL & her cousin 
Bersama famili hubby dan Pengantin Azura & Nuhlan

Test drive pelamin orang.... hehehe... Layan.

Next, soon, OK? Insya Allah.



Ni mau cerita pasal baju sebenarnya... Pihak pengantin ada menghantar sepasang kain uniform untuk majlis ni. Aku buat simple ja, baju kurung moden. Tapi memandangkan kain jenis kaki 4 meter, takkan cukuplah jawapnya untuk body selim ku ini. Sebelum beli kain plain, aku matching-matching dengan kain plain yang sedia ada. Tadaaaa!! Matching kan? Jimat duit aku.


Tapikan, last minit my SIL bagitau baju yang ditempahnya tak boleh pakai..... Masalah tailor tidak peka atau tidak pernah buat peplum tidak tahulah. Tak sesuai..... So kami pakai baju lain sajalah. Segan juga kalau aku yang pakai uniform sedangkan aku tidak berapa kenal keluarga sebelah hubby.

Me & Hubby yang tak sedondon.
So aku pakai baju kurung moden color block ni lah. Baju ni aku buat untuk raya sebenarnya. Kain cotton kuning mustard ni aku beli di Jakel KK tahun lepas. Kain satin purple aku beli di kedai kain Labuan ja. Border Lace tu, aku beli di Si Chantek Border Lace (checkout their FB) RM40++ setengah meter double line. Ingat kan setengah meter tu cukup-cukup untuk border depan baju saja, rupanya cukup untuk keliling baju dan tangan. Kain satin purple kipas belakang tu pula, tidak menyesal aku beli kainnya. Multipurpose. Boleh main matchy-matchy kan? :)

Ni mau cerita pasal border lace. Border lace ni kira fesyen popular jugalah sekarang ni kan. Raya ni confirm lah ramai yang pakai. Tapi dekat Brunei, semasa majlis persandingan tu, aku perhatikan tiada seorang pun aku nampak yang pakai. Nampak sangat lah aku ni Malaysian kan. Aku memang suka memerhatikan fesyen baju kurung orang Brunei. Tailoring memang superb. Ada satu fesyen tu yang aku nampak.  Ala-ala langsir ehehehe...... Nanti lah kalau ada masa aku cuba.

That is it for now.

Bye.

Comments

  1. Hi
    That's a relay nice & excellent for discount tips if you want to get discount on your Winter Deals so you can get help from this blog...!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Trip Cuti Sekolah 2016 : KL - Negeri Sembilan - Penang

Assalamualaikum. Selamat tahun baru 2017. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilindungi Allah SWT.  First post of this year, I'd like to share our family moments sewaktu bercuti tahun lepas. Family of 13. Here goes. DAY 1 Flew from Labuan to KL. Amboi seronoknya Dayah mau naik kapal terbang. Dayah ni kan, memang sudah ada seat sendiri. tapi mauu juga duduk dengan neneknya. Terpaksa la Atok pindah duduk dengan kami. Sampai KL kami terus check in di Star Points Hotel, Jalan Masjid India, KL. Book online awal dengan Booking.com. Booking awal lah sebab tau cuti sekolah, hotel selalu penuh. Dayah dalam SSC Snuggbaby. This is the only convenient way to carry an active toddler around Pasar Malam. A must-have for travelling. DAY 2 Percutian kami kali ni sebenarnya membawa urusan penting. Jadi pada hari kedua, kami pergi ke Negeri Sembilan. Singgah sekejap di Kuala Pilah setelah hampir 4 jam perjalanan. Haaa ini lah urusan penting tu...

Weekend Activity

Last two weeks was the busiest and tiring weekend for us. My dad wants to re-rent (is it even a word?) his apartment. We were repainting the apartment because the previous residence transform it into a TASKA. The cartoon paintings on the wall, the pink and green color combination, papers on the wall, etc..... My dad even had to change the wooden floor to tiles. Well, there were a lot to do. Thank God it is done. I really wanna do this to help my dad. Even Aiman was helping. Ugghhh... that's a heavy job for a 7 year old. Hahaha... Aiman's funny face The wall that need to be repainted Hubby washing the CREATIVE paintings Aiman's time out (Kids nowadays... you know...)

♥SewMeHappy♥ 1st Birthday Giveaway!!

Yeay!! I am so excited to organize my very 1st Giveaway! Since November is my birth month, I am feeling generous. I've been blessed so far with happiness, families, health, work, and now, my small (perhaps tiny) business which I truly love. No, I am not getting any richer, I am still living a modest life. I am just being thankful to Allah. And thankful to my families, friends and customers for supporting what I've been doing. Alhamdulillah. "Earn Your Money Doing What You Enjoy Doing, And You Will Have A Joy Filled Life" Okay now, how to enter? Very simple, as I am, a very simple person (◡‿◡✿). 1. Become my follower (on the left side of this blog) 2. Leave your Name and Email Address on the comment box below this post (VERY IMPORTANT) That's it, you're done. Okay, some more T&C...... 1. Open to ALL with address within Malaysia 2. Two winners will be picked randomly using random.org 3. Participation will be closed on 28th NOVEMBER 2011 (MIDNIGHT) 4. Draw...