Di masa lapang, aku gemar menjahit. mudah kambuh, lebih2 lagi kalau memberku cRai bgtau ia sdg menjahit. Hehehe... Setakat ni, aku menjahit baju kurung ku sendiri, baju kakak ku dan baju melayu adikkudan anak buahku. Bukan lah jua pandai banar menjahit. Ilmu tu pun belum cukup lagi. Sekarang ni pun aku belajar sendiri melalui buku Mariam Abu Bakar, ataupun ikut mengamatanku saja. Selalu kalau ke kenduri kahwin, mataku meliar meliat baju orang. Hehehe...
Sebelum majlis pernikahanku, aku tekad kan buat langsir bilik pengantin sendiri. Maklumlah, kan jimat kos. Ni first time aku jahit langsir, menjadi jua. Walaupun nda seberapa, alhamdulillah... Puas jua hati untuk first timer. Yang banarnya, paling memakan masa dalam menjahit tabir ni adalah menyukat. Rasanya lebih 5 kali ku menyukat tingkap tu, yang mana 1 saiz saja pun. Biasalah, nervous sedikit. Nasib baik sempat siap jua.
Selepas siap tabir, sehari sebelum majlis nikah, aku buat lagi hiasan katil pengantin. Dan aku buat semua sendiri. Tu yang simple banget. Kalau orang meliat aku naik tangga ni, macam nada usul pengantin! Selepas selesai semua ni, aku benar2 kepenatan fizikal. Bakal pengantin biasanya di'rehat'kan sebelum bersanding atas alasan darah manis, aku pula bercampur masin, masam, pahit dan sebagainya. Apa boleh buat, nasib badan....
Buleh kali ah........
Comments
Post a Comment