Assalamualaikum. Jumaat semalam aku pergi Negara Brunei Darussalam untuk wedding cousin hubby. Aku pergi dengan MIL, dan SIL. Trip satu malam ja... Kami pergi dengan feri expres pukul 9 pagi, sampai dalam pukul 10.30 pagi. Sampai di Terminal Feri Serasa, hubby sudah menunggu. Hubby ni datang sehari lebih awal untuk persediaan dan sibuknya pun mengalahkan bapa pengantin! Lepas tu kami terus ke Hotel Jeruton, tempat kami menginap dan tempat majlis persandingan diadakan. Gambar sebelum majlis bermula, bahagian luar dan bahagian dalam. Ofkos lah aku booking tempat duduk bahagian dalam. Ada ekon...... Di sini cara majlis perkahwinan berbeza sikit dengan kita di Malaysia. Semua tetamu yang datang akan menunggu sehingga masa yang ditetapkan atau sehingga semua tetamu telah tiba sebelum bacaan doa dan makan. Masa menunggu tu lah yang seksanya kalau perut kosong. Aku yang sudah makan nasi katok pukul 4.30 petang tu puuunn masih lapar lagik :) Masa untuk makan yeay!! S...
A place where I journalize my life and my sewing