Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Semoga masih belum terlambat untuk bermaaf-maafan, sekiranya terdapat salah dan silap yang nyata dan tidak nyata. Bersyukur juga kita dipertemukan semula dengan bulan Syawal yang penuh dengan kegembiraan. Diharap agar tahun depan, kita masih berada di sini untuk meraikan bulan Syawal ini. Insya'Allah.... Rasanya terlalu lama tidak menulis dalam blog ni, kerana terlalu sibuk dengan persiapan sambutan raya kali ni. Seperti tahun-tahun lepas, aku sibuk dengan jahitanku. seminggu sebelum raya, aku kena siapkan sepasang baju ibuku, 2 pasang baju kakakku, sepasang baju melayu adikku, sepasang baju melayu anak buahku dan 4 pasang bajuku sendiri. Memang penat. Tahun ni juga buat pertama kalinya aku menyambut hari raya bersama suami. Jadi kesibukan tu bertambah 2x ganda. Tapi tidak mengapa. Melayan suami juga merupakan ibadah. Dan aku redha... Pada pagi raya, aku sudah bangun pukul 4 pagi, kerana samping baju melayu budak-budak belum siap. ibuku te...

Kanak-Kanak Alaf Baru

Minggu lepas kami sekeluarga sempat balik kampung di Sindumin, Sipitang bagi menghadiri kenduri arwah Ngangah Salat yang ke-40 hari. Jadi berkumpul lah kami sekeluarga di sama. Rumah yang selalu kosong jadi riuh pasal budak-budak ni. Satu kemestian yang mesti dibawa balik kampung ni ialah Notebook. Bukan untuk kami bekerja atau surf internet, tapi untuk budak-budak ni main game... Buka mata saja dari tidor, terus mencari Notebook masing-masing. Mandi belakang cerita la... These are my 3 little angels (L-R : Brother Aiman , Niece Deyana, Nephew Haikal) Kalau yang tengah tu pun sudah pandai pegang mouse, habis la notebook babahnya jua.

Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah... Telah masuk malam yang ke 22 Ramadhan. Syawal bakal tiba, meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Aku memohon agar diberi kekuatan untuk beribadat kepada Allah SWT. Namun aku juga manusia yang mudah lalai dan alpa. Kadang kala terasa seperti diri ini tidak bersyukur dengan segala nikmat yang telah dilimpahkan-Nya. Alhamdulillah...... Alhamdulillah...... Alhamdulillah...... Semoga diriku, keluargaku, sudara-maraku, sahabat-sahabatku dan seluruh umat muslimin dan muslimat diberkati dan diberi perlindungan Allah SWT hendaknya. Aamiiiiiin....

Mesy Tahunan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Labuan 2009

(Dari kiri - Aku, Atie, Rai, Raikici n Niza) Pada 16 Ogos yang lalu, mesy Tahunan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Labuan telah diadakan di Fisherman's Wharf. Acara bermula sekitar pukul 8-9 pagi. Awal sudah ku sampai, dan mesy berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Sempat lagi ex-Bos ku berucap di majlis tu. Macam biasa, ucapannya tidak pernah melelapkan mataku. Itulah salah satu kelebihan ex-Bos ku ni. Selepas selesai majlis, aku berkejar lagi ke Dewan Serbaguna, untuk Majlis Perasmian dan Mesy Perwakilan UMNO Bahagian Labuan. Majlis tu bermula jam 2.30 petang, tapi aku ingin membantu sahabat2ku, Kak Noi dan Tieten membuat persiapan. Kesian jua dorang ni. (Sahabatku Kak Noi dan Tieten) Selepas mendengar ucapan YB Datuk Ismail Sabri yang panjang berjela (tp berinformasi), mesy perwakilan diadakan. Waktu tu start sudah kepalaku berdenyut2. Majlis tu akhirnya selesai sekitar jam 7.30 mlm. Migrain ku sdh teruk. Aku balik rumah dan terus pengsan sampai pagi. Moral cerita ini adalah, janganl...

Hobi Ku

Di masa lapang, aku gemar menjahit. mudah kambuh, lebih2 lagi kalau memberku cRai bgtau ia sdg menjahit. Hehehe... Setakat ni, aku menjahit baju kurung ku sendiri, baju kakak ku dan baju melayu adikkudan anak buahku. Bukan lah jua pandai banar menjahit. Ilmu tu pun belum cukup lagi. Sekarang ni pun aku belajar sendiri melalui buku Mariam Abu Bakar, ataupun ikut mengamatanku saja. Selalu kalau ke kenduri kahwin, mataku meliar meliat baju orang. Hehehe... Sebelum majlis pernikahanku, aku tekad kan buat langsir bilik pengantin sendiri. Maklumlah, kan jimat kos. Ni first time aku jahit langsir, menjadi jua. Walaupun nda seberapa, alhamdulillah... Puas jua hati untuk first timer. Yang banarnya, paling memakan masa dalam menjahit tabir ni adalah menyukat. Rasanya lebih 5 kali ku menyukat tingkap tu, yang mana 1 saiz saja pun. Biasalah, nervous sedikit. Nasib baik sempat siap jua. Selepas siap tabir, sehari sebelum majlis nikah, aku buat lagi hiasan katil pengantin. Dan aku buat semua sendi...

My Moments

The date 250709 was the happiest day in my life, as I married my beloved hubby, Mohd Saizulizam Saidi. Those are the days most women never forget. I hope that this marriage lasts, till deaths do us part. I also hope that we can keep loving each other, blessed with joy and happiness. Next step is to be a mother. I can't wait!! I even have the names ready. :)

Salam

Alhamdulillah... I finally have the guts to create my own blog after a few research. My idea of blogging is expressing thoughts, like a jurnal. i've always wanted to write a jurnal, on a paper. but it is sooo boring. Maybe writing on a blog wont be that boring. hehehe.... Salam perkenalan you all......