Selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Semoga masih belum terlambat untuk bermaaf-maafan, sekiranya terdapat salah dan silap yang nyata dan tidak nyata. Bersyukur juga kita dipertemukan semula dengan bulan Syawal yang penuh dengan kegembiraan. Diharap agar tahun depan, kita masih berada di sini untuk meraikan bulan Syawal ini. Insya'Allah....
Rasanya terlalu lama tidak menulis dalam blog ni, kerana terlalu sibuk dengan persiapan sambutan raya kali ni. Seperti tahun-tahun lepas, aku sibuk dengan jahitanku. seminggu sebelum raya, aku kena siapkan sepasang baju ibuku, 2 pasang baju kakakku, sepasang baju melayu adikku, sepasang baju melayu anak buahku dan 4 pasang bajuku sendiri. Memang penat. Tahun ni juga buat pertama kalinya aku menyambut hari raya bersama suami. Jadi kesibukan tu bertambah 2x ganda. Tapi tidak mengapa. Melayan suami juga merupakan ibadah. Dan aku redha...
Pada pagi raya, aku sudah bangun pukul 4 pagi, kerana samping baju melayu budak-budak belum siap. ibuku telah membeli sehelai samping dewasa. Jadi aku potong 2, sebab budak-budak ni kecil saja. Aku jahit ala-ala skirt dengan getah je.. Hehehe...Nasib baik sempat siap. Tidak sangka pula cepat siap. Itulah first time aku jahit samping budak.

Comments
Post a Comment